Menunggu Beduk Berbuka(4) Amalan mengobati jiwa dan kehidupan kita. - Go Parlement | Portal Berita

Breaking

Menunggu Beduk Berbuka(4) Amalan mengobati jiwa dan kehidupan kita.

Kamis, April 07, 2022


Oleh : Syofyan Hendri, S.Pdi.



Sijunjung(SUMBAR).GP- Agar Hari ini lebih baik daripada semalam.


1. Solat Tahajjud

Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci.


2.  Melazimi membaca Al-Qur’an dan berzikir 

Ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim.                              Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin.                                      Ia merupakan penggerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran.


3. Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Ia merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakkan dan melonjakkan produktiviti serta amal proaktif semua insan.


Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya. Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terseliplah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya.


4. Solat dhuha

Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


5. Bersedekah 

Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan.


6. Sentiasa memelihara wudhuk

Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu  mengambil wuduk terasa berat,  soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.                                                                                                " Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”


7. Amalkan istighfar setiap masa, agar terhapus segala dosa dan noda.

Istighfar adalah  “ Permohonan keampunan kepada Allah SWT.”

Istighfar ini menunjukkan kemampuan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan


8. Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus. Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. 


9. Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah seorang mukmin sejati.                                                                        


Senyuman itu akan membahagiakan siapa saja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.


Seharusnya juga, seseorang mukmin senantiasa positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya.


#GP | Red | 7 April 2022.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

HASIL PEMILU

Pages

SELAMAT DATANG DI SEMOGA ANDA PUAS